Tuesday, May 24, 2016

Roommate Yang Romantik

Aku memang tak puas hati dengan mak dan ayah yang paksa aku terima room mate aku sekarang ni. Sudah la pembersih, ambil berat kat aku dan selalu tegur aku kalau aku tak kerjakan tuntutan agama. Baik tu memang baik. Kalau orang lain, mesti suka dapat room mate baik macam tu. Tapi tak aku.
Kerana dia sangat baiklah aku rasa tak leh share bilik je dengan dia. Tak sesuai dengan jiwa aku. Alasan yang aku bagi kat mak dan ayah. Tapi mak dan ayah langsung tak terima. Aku dan dia berbeza. Berbeza sangat. Dia sangat rajin. Aku pulak agak pemalas orangnya. Mak cakap….masa kecil dia terlebih bagi vitamin M kat aku. Vitamin Malas.
Aku suka melihat bilik aku yang agak berselerak. Aku juga suka melengahkan waktu solat. Yelah…kumpul solat. Kalau dulu…aku selalu kumpul solat zohor dan asar, kemudian maghrib dan isyak. Yelah…lambatkan solat zohor, dekat-dekat nak waktu asar baru aku solat zohor. Kadang-kadang sebaik je aku berdoa, waktu asar dah masuk. Kan jimat bil air, wuduk serentak. Ops! Jangan ikut perangai tak baik aku ni.
Tak sempurna solat kalau kita tak terus kerjakan sebaik dengar azan. Lambatkan solat ni sepatutnya untuk orang yang sakit atau untuk dalam keadaan tertentu. Itulah nasihat dari mulut room mate aku. Ya… aku mengaku memang nasihat itu memang betul.
Semenjak dapat room mate baru ni….aku selalu kena tegur. Nak tak nak… Aku sekarang jadi seorang yang menepati waktu solat. Dia akan tolak aku masuk bilik air bila dekat-dekat nak masuk waktu solat. Kalau room mate aku sebelum ni tau macam mana aku sekarang, mesti dia gelak tak ingat dunia. Dulu, ex-roommate aku ada jugak tegur. Tapi…aku wat don’t know je. Lama-lama ex-room mate aku dah tak larat nak tegur. Sekarang? Room mate aku sekarang tegas orangnya. Yelah….mak ayah aku cakap demi kebaikkan aku. Sebab tu mereka bagi room mate ni kat aku. Nak aje aku lari dari rumah ni, tapi nanti mak dengan ayah tak mengaku aku anak lagi. Mana ada orang lain yang sudi jadi mak ayah aku yang agak pemalas ni, selain mak ayah aku sekarang.
“You dah solat?”
Hah! kan aku dah cakap….memang tu soalan yang paling dia gemar. Baru balik kerja…dah tanya soalan tu. Cubalah cari soalan yang mencabar minda sikit. Berapa nilai isipadu dalam bilik ni ke… Berapa jauh jarak KL ke seremban ke…
“You dah solat ke? Kalau tak solat lagi…meh la kita berjemaah.” Ajak suara itu lembut. Ada nada memujuk di situ. Aku sedikit sebanyak lembut jugaklah hati. Balik dari kerja tadi, aku tak sempat solat asar lagi. Yelah…nak sediakan makan malam untuk keluarga. Termasuk untuk room mate aku ni. Ha! Kalau pasal memasak memang room mate aku ni tak reti langsung. Inilah kelebihan yang aku dapat banggakan pada room mate aku. Tak la aku nampak buruk je di mata dia. Actually, aku bukan pemalas sangat. Tapi ‘agak’ pemalas.
“Hmm…you wuduklah dulu. Lepas siap you kejutkan I k. I nak lelap jab.” Balasku sambil menutup mata. Kalau di ikutkan hati, memang aku diam je. Tapi kesihan pulak dia cakap sorang. Apa yang paling aku suka tentang room mate aku ni…dia tak pernah tinggikan suara dia kat aku atau keluarga aku. Mungkin dia sedar diri kot. Dia menumpang di rumah mak ayah aku. Dulu dia ada ajak aku pindah, tapi aku yang tak nak. Aku tak nak jauh dari keluarga.
“Kenapa ni? Tak sihat ke?” Suara itu betul-betul di hadapanku. Bernada romantic pulak tu. Aku kaku bila terasa kedua belah bahuku di picit lembut. Aku rasa seram semacam je. Perlahan aku buka mata. Wajah room mate aku betul-betul di hadapan mata. Wajahku terasa panas.
“Eh! You buat apa ni? I okey jelah…you masuklah bilik air dulu.” Aku meleraikan tangannya di bahuku. Room mateku tersenyum lantas masuk ke bilik air. Baru tadi puji, dah buat perangai. Aku tarik balik la pujian tadi.
Hisy…seram aku dibuatnya. Ada ke dia buat aku macam tu. Sebelum ni tak selalu  dia nak mengada-ngada macam tu. Tapi…sesekali tu adalah jugak angin mengada-ngadanya itu. Itulah…kadang-kadang rimas jugak aku. Kenapalah aku dapat room mate yang romantic macam tu? Romantik tak bertempat. Entah apa yang room mate aku ni fikir agaknya. Kadang-kadang dia bagi aku bunga. Dan bila tidur pulak…peluk aku lah…aku tepis kuat-kuat. Makin kuat pulak dia peluk. Tak tau la apa motif dia peluk aku. Mustahil dia takut kot.  Aku apa lagi, tak bagi peluang langsung, terus buka silat yang arwah tok wan ajar. Haha…berdetup dia jatuh ke bawah. Aku gelak menang. Dia pulak mengaduh sakit di lantai. Kalau dah macam tu….dia lah yang beralah tidur kat lantai. Aku pulak…mestilah wat katil tu macam hak milik aku sorang. Siap aku melintang lagi tak bagi room mate aku tidur sekali. Siapa suruh dia setuju jadi room mate aku.
“I dah wuduk ni…”
“Oh mak kau.” Terlatah aku dibuatnya. Aku jeling geram pada room mate aku yang tergelak kecil melihat aku terkejut. Hisy…tu la lagi satu perangai tak eloknya room mate aku ni. Suka main sergah je. Nasib baik aku terlatah yang sopan-sopan. Kalau yang terkeluar dari mulut aku yang comel ni benda yang merapu macam mana? Aku bergegas ke bilik air bila room mate aku menghamparkan sejadah.


Bengang giler aku dengan room mate aku. Rasa nak di ‘smack down’ je dia ni. Biar patah-patah tulang belakang dia. Sapa benarkan dia tidur sekatil dengan aku? Siap buat aku macam bantal peluk dia pulak tu. Wacha….nah sebijik. Room mate aku menyeringai kesakitan bila perutnya aku tumbuk. Terima kasih tok Wan  kerana sempat ajar cucu mu ini bersilat. Aksi ganas ini sudah beberapa kali berulang. Ingin di ingatkan, jangan tiru aksi ni di rumah. Room mate aku ni pun satu hal, entah berapa kali dah kena penumbuk, tapi dia memang tak serik. Punyalah luas karpet kat bawah tu…nak jugak dia tidur kat sebelah aku. Mak ayah pun satu hal, kenape la…diaorang tak beli sebuah lagi katil untuk room mate aku ni. Dah la aku seram semacam je dengan perangai dia ni…. Mintak di jauhkan dari perkara tut tut…. Setakat ni aku masih selamat.
“You ni ganas la…” Dalam menyerengai kesakitan, dia sempat berkata. Nasib dia la dapat room mate macam aku.
“Sapa suruh you buat perangai pelik ni. Geli I tau. Dulu pun I ada room mate jugak, tak pernah dia buat I macam ni.” Balasku sambil mencebik. Room mateku tergelak.
“Badan I sakit la tidur kat bawah. Lagipun…bukan I buat benda yang salah pun tidur atas katil. Tak berdosa pun…” Aku rasa hendak bagi lagi sebijik dua penumbuk kat perut room mate aku ni. Biar dia tidur kat hospital. Kat hospital banyak katil.
“Berdosa tu tak… tapi kalau you nak tidur atas katil boleh je…” Balasku sambil tersenyum sinis.
“Eh! Boleh ke?” Wajah room mateku berseri.
“Lepas I patahkan kaki you tu. Bolehla you tidur atas katil hospital.” Nah! Kena kau. Hehe…aku gelak di dalam hati. Room mate aku tidak menampakkan kemarahan. Malah boleh pulak dia ketawa. Aku wat lawak ke? Aku rasa tak.
“Okey…. Apa-apa pun… you tetap kalah.” Room mate aku sengih nakal dan meluru ke dalam bilik air. Oh! Tidak….. memang ^&^^* betul la room mate aku tu… Aku nak guna bilik air dulu. Hari ni aku ada appointment penting dengan client la… aku tak solat lagi ni…
Macam mana ni? Nak guna bilik air mak ayah…mesti mereka pun tengah guna sekarang. Bilik air acu? Jangan harap…acu pun mesti dok melalak dalam bilik air sekarang. Ha! Bilik air kat bilik tamu. Aku bersemangat memulakan langkah… ops…. Bilik air tu rosak. Seminggu dah. Aku kembali menghempas badan ke katil. Aku jeling kat pintu bilik air, tempat room mate aku bertapa sekarang ni. Hiys….bencinya aku kat room mate aku….


Hah…. Bencinya aku kat room mate aku… Aku rasa nak menjerit kat seluruh dunia je. Sengaja cari pasal dengan aku. Ha! Ada cara nak lepas marah ni.
Buss..buss…rasakan penumbuk aku ni. Haha… buss…. Sebijik lagi. Sedikit lega hati aku, bila aku tumbuk bantal sebagai ganti muka room mate aku. Kalau aku belasah orangnya…entah-entah aku pulak yang kalah. Yela….badan aku kecil je dari dia. Selama ni aku tumbuk dia, nasib baik dia tak balas. Takut jugak. Tapi….mustahil la dia nak tumbuk aku balik. Dia harus sedar diri. Dia menumpang je kat rumah orang tua aku.
Wacha…tak puas menumbuk. Aku tendang pulak bantal. Aku membayangkan perut room mate aku yang aku tendang. Room mate yang menyusahkan. Sengaja buat aku malu. Aku pun tak tau angin apa yang merasuk room mate aku. Tetiba je nak manja. Yang paling tak tahan tengok sengihan nakal acu.
“Tolong potong kuku I.” Aku terkejut bila room mate aku hulur tangan dan pemotong kuku. Mak ayah buat tak tau. Acu pulak…dah senyum-senyum.
“Potong la sendiri.” Aku dengan beraninya menjawab. Aku tau…room mate aku sengaja mengambil kesempatan di depan mak ayah.
“Nur…kenapa cakap macam tu…tak baik…potong je la…” Teguran Mak buat aku kecut. Walaupun aku anak yang agak pemalas, tapi aku tetap anak yang mendengar kata. Aku paling takut kemungkaran orang tua.
“Tolong ye…” Bisik room mate aku dekat di telinga. Aku memang dah bengang giler. Acu yang senyum memerli rasa hendak aku baling dengan pemotong kuku. Biar padan muka jahat tu.
“Mintak la tolong acu tu…” Balasku jugak berbisik. Room mate aku tertawa.
Susah sangat ke nak tolong potong kuku tu Nur? Perkara kecil macam tu pun Nur nak bagi alasan.” Suara ayah dah keluar. Tak sangka pulak dia dengar apa yang aku cakap kat room mate aku. Aku cepat-cepat ambil pemotong kuku dari tangan room mate aku. Huhu….sedih bila ayah dah keluar suara yang suam-suam macam tu. Room mate aku senyum menang.
Buss…
“Ambik kau..” Bantal yang aku tendang sudah terpelanting kat depan pintu, betul-betul mengena kaki room mateku yang baru masuk.  Room mate aku tersenyum sinis mengejek, menambah sakit hati aku.
“Kot ya pun marah kat I … jangan la jadikan bantal tu mangsa you…nanti terburai pulak.” Suara yang tidak merdu itu makin menaikkan degree kemarahanku. Room mate aku mengutip bantal di kakinya dan di hulur pada aku. Aku menyambut tanpa mengucap terima kasih.
“You ni sengaja cari pasal. Sengaja buat mak ayah marah kat I.” Aku menyandar pada kepala katil sambil merenung wajah room mate aku tajam.
“I tak bermaksud macam tu. I cuma teringin sangat nak you potongkan kuku I. Masa arwah ibu masih hidup, dia selalu tolong potong kuku I.” Aku jadi kelu hendak membalas kata-kata itu.  Bicara itu agak terkesan dalam hati aku. Aku tau…room mate aku dah tak ada sesapa lagi. Kesihan dia…
“Thanks…. Nur. Thanks… sebab tolong potong kuku I.” Ucap room mate aku sambil merebahkan badan ke karpet. Mulut aku dah rasa terkunci. Hati aku makin di rundung kepiluan. Salah ke aku buat room mate aku macam ni? Aku ke yang bersalah?


Aku hairan lihat wajah room mate aku sebaik masuk ke bilik kami. Muram dan suram seperti suasana di luar. Aku tertunggu-tunggu jugak dia tanya soalan yang paling dia suka tanya. Tapi, dia diam je dan terus je masuk ke bilik air. Eh! Aku rasa semacam je. Hati ni rasa syahdu syahdan je… dia macam dah tak pedulikan aku je. Aneh jugak rasa bila dia tak bawakan sekuntum bunga mawar seperti selalu. Takkan habis bajet kot…dia kan loaded. Gaji dia pun boleh tahan. Entah-entah dia dah bosan jadi room mate aku. Aku tak senang duduk. Sebaik keluar dari bilik air dia terus menghamparkan sejadah dan solat.
Aku bengang. Dia tak ajak aku pun. Ah! Dia tak ajak suka hati dia. Aku pun boleh solat tanpa ajakan dia. Sebelum ni boleh je aku solat. Tanpa di suruh-suruh orang, walaupun agak lewat.
Sebaik aku habis berdoa, aku toleh ke belakang. Room mate aku dah tak ada di bilik. Selalunya ada je dia duduk di sofa sambil membaca. Aku terus ke dapur untuk menunaikan aktiviti harianku menghidang makanan yang sudah siap aku masak petang tadi. Room mate aku duduk di kerusi di sebelahku ketika kami sekeluarga mahu menjamah makanan. Wajahnya masih muram dan suram.
“Nak buat majlis tahlil malam ni ye?” Aku kerut dahi dengar soalan ayah pada room mate aku.
“Hmm…saya dah upah orang surau hujung sana buat makan-makan sekali. Tahun ni buat kat surau je ayah. Maghrib ni saya akan berjemaah sama kat surau sana.” Balas room mate aku. Aku rasa aku di ketepikan je. Majlis tahlil apa? Sebelum ni…room mate aku selalu bercerita itu ini kat aku. Tapi… kenapa sekarang dia tak bagitau untuk siapa majlis tahlil tu? Ops….jab…jab… entah-entah majlis tahlil untuk keluarga room mate aku. Kisah hidup room mate aku agak tragis. Kesemua ahli keluarga room mate aku terkorban dalam kebakaran rumah mereka lima tahun yang lalu. Hanya room mate aku yang terselamat kerana dia masih di kampus masa itu. Aku jadi kesihan melihat room mate aku. Patutla dia menumpang kasih kat keluarga aku sekarang.
“I ikut.” Terpacul ayat itu dari bibirku. Room mateku terhenti menyuap.
“Nur ikut.” Ulangku. Room mate aku sedikit tersenyum dan mengangguk perlahan. Aku lega melihat sedikit senyumannya.


Sebaik saja balik dari surau aku cepat-cepat membersihkan diri. Badan rasa melekit je selepas membantu apa yang patut kat surau tadi. Sebaik aku keluar dari bilik air, room mate aku pula yang masuk. Wajahnya masih muram. Sepanjang majlis tahlil tadi, aku lihat wajahnya berduka. Aku semakin bersimpati.
Sebaik keluar dari bilik air, room mate aku termenung di tepi tingkap bilik kami. Dia merenung ke luar kepekatan malam. Aku rasa tidak wajar aku membiarkan room mate aku berduka macam itu. Aku sebagai room mate yang mithali harus memainkan peranan. Aku melangkah ke arahnya. Tangannya aku paut. Dia agak terkejut melihat kelakuanku. Sebelum ni…pantang aku nak pegang dia. Aku buat tak tau tengok muka dia macam tu.
“Jangan la sedih macam ni… you kena banyak bersabar. I tau… I bukan room mate yang baik. Tapi…I tak nak room mate I sedih macam ni. Nak kata I faham perasaan you…tak jugak kerana I sendiri tak pernah alami apa yang you alami. Memahami dan mengalami dua perkara yang berbeza. Tapi… I nak you tahu…you bukan keseorangan lagi sekarang ni. I ada, mak ayah dan acu pun ada.” Cheh…macam tak caya je ayat itu keluar dari mulut aku. Nur Jiha bt Muhammad Fadzli ke yang cakap macam tu tadi? Hisy….memang la aku yang cakap. Aku sendiri pulak macam tak confident aku boleh cakap macam tu.
Tapi…tiba-tiba room mate aku peluk aku. Aku tergamam. Alamak! Terlebih sudah pulak dia. Aku dah nak angkat kaki nak hentak kaki dia. Tapi… tindakan aku kaku bila terasa ada air hangat di bahuku. Room mate aku menangis ke? Aku tergamam, tidak pernah aku melihat dia menangis sebelum ni. Room mate aku makin mengeratkan pelukannya. Aku biarkan saja biarpun rasa semacam je hati ni…ye…tak pernah aku alami…Ya ALLAH…aku berserah padamu….


“Kenapa semacam je ni Nur? Teringatkan room mate kau ke?” Aku rasa nak meluku je kepala ex-room mate aku ni. Aku lari ke rumah dia semata-mata nak lari dari room mate aku sekarang dan melupakan sedikit pasal dia. Tapi, ex-room mate aku ingatkan lagi aku pada room mate aku.
Aku jadi menyampah dengan room mate aku. Aku tak ada tempat mengadu dah sekarang. Mak ayah dan acu semua mesti backing room mate aku tu. Diaorang cakap room mate aku tu baik, bertanggung jawab, hormat orang tua… Tapi…kalau aku mengadu apa yang room mate aku buat semalam, tentu mereka akan gelakkan aku. Tak pun ayah akan mengamuk. Bukan mengamuk kat room mate aku. Tapi mengamuk kat aku. Aku benar-benar buntu sekarang ni.
Sebelum ni room mate aku sabar je dengan perangai aku. Kalau dia ajak berbual aku hanya jawab pendek je…tapi entah semalam kenapa room mate aku dah tak macam sebelum ni. Dia…dia…hisy…malas nak cakap. Wat malu je.  Aku pun salah jugak…dah aku layan dia lebih-lebih semalam apa pasal? Sengaja cari masalah. Huhuhu…nak salahkan siapa perkara yang terjadi semalam? Macam mana aku nak berhadapan dengan dia selepas ni? Pagi tadi pun senyap-senyap aku menyelinap lari dari rumah. Aku sempat bawa sekali dua tiga helai pakaian. Cuti pun aku dah mohon. Aku peduli apa bos aku marah. Bos aku tu pun ayah aku jugak.
“Nur…kau ada masalah ke?” Suara Wan jadi kendur dari sebelum ni. Dia tahu Nur Jiha, ex-room matenya itu mesti ada masalah. Dia kenal sangat dengan tuan punya badan yang duduk termenung di katilnya itu. Sejak di universiti lagi mereka tinggal sebilik. Selepas habis belajar mereka bekerja di tempat berlainan. Tapi mereka masih berhubung dan sering menghabiskan masa bersama.
“Nur….janganlah macam ni…cakap rockers…tapi sekarang… sejak dapat room mate baru ni, macam dah jadi minah jiwang je…” Usik Wan sengaja menceriakan sahabat baiknya itu.
“ Wan…aku tak tau nak cakap apa. Aku rimas dengan keadaan sekarang. Aku nak lari dari semua ni. Kenapalah mak ayah aku paksa aku terima room mate aku sekarang. Kau tak tau…aku kekok sangat bila dia ada dalam bilik aku tu. Dia tak macam kau…” Terkeluar juga suara Nur Jiha. Setitik dua air mata mengalir. Wan mengesat air mata ex-room matenya itu. Memang itu perkara yang dia selalu lakukan bila ex-room matenya itu menitiskan air mata.
“Memang lah tak sama…aku kawan kau. Dan dia kan…”
“Cukuplah Wan. Jangan sebut pasal dia lagi. Aku tak nak dengar apa-apa tentang dia. Tapi…please tumpangkan aku seminggu ni ye. Aku dah tak tau kat mana aku nak duduk. Aku tak nak duduk dengan room mate aku tu lagi. Aku tak bersedia nak berhadapan dengan dia.” Wan hanya angguk. Cuma, dia risaukan keadaan sahabatnya itu. Nur Jiha tidak memberitahu masalah sebenar yang di alami. Dia nak bagi nasihat sepatah dua pun…tak berani. Takut mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh.
“Hmm….kau tidurlah dulu k. Aku nak keluar sekejab.” Wan minta diri. Nur Jiha pulak menitiskan air mata sambil memeluk bantal golek Wan. Kenapa dia berani buat aku macam tu? Kenapa? Kalau lepas ni jadi apa-apa macam mana? Aku tak bersedia…

“Dia ada kat rumah Wan? Dia okey tak?” Suara room mate Nur Jiha kedengaran lega. Tadi cemas aje suara itu menghubungi Wan bertanyakan Nur Jiha.
“Dia nampak sedih je. You berdua ada problem ke?” Tanya Wan. Bukan berniat nak jaga tepi kain orang. Tapi…dah Nur Jiha bawak diri sampai ke rumah dia, hati dia pulak yang tertanya-tanya.
“Hmm… susah nak cakap Wan. Semua ni salah I. I yang salah. Tapi… I dah mintak maaf kat dia. Pagi tadi tiba-tiba je dia hilangkan diri. Mak ayah sibuk tanya, I tak tau nak cakap apa. I cakap je dia keluar jumpa kawan. Dia macam mana sekarang? Okey tak?” Tanya room mate Nur Jiha lagi.
“Kalau you nak tengok dia…pergilah ke rumah I. I akan tinggalkan kunci kat bawah pasu bunga. Elok you jenguk dia kat sini je. Try pujuk dia.” Cadang Wan.
“Okey… I akan pergi sana sekarang.” Talian terus di putuskan.



Nur Jiha mengeliat kecil. Dia tidak tahu berapa lama dia terlelap. Perlahan-lahan dia mengesat mata. Badan rasa panas semacam. Takkan demam kot…. Mak….Nur tak sihat ni…huhu…kalau kat rumah mesti mak akan layan aku macam puteri, kalau demam macam ni. Makanan siap terhidang dan di hantar ke bilik. Mintaklah nak makan apa, mak akan cuba tunaikan. Aku pun mengada-ngadalah…mintak makanan yang sedap-sedap walaupun selera macam dah tumpul. Tapi…permintaan itu biarlah munasabah. Kalau aku minta sup unta, mesti mak bagi sebiji dua ketukan kat kepala aku.
“Mak….” Aku mula merengek. Mata kembali di pejamkan. Tiba-tiba aku terasa kepala aku di usap lembut. Mak? Huhu…Nur sayang mak…kat mana-mana pun mak sentiasa ada. Kat rumah Wan pun mak sanggup datang. Eh! Kenapa mak usap-usap tangan aku semacam. Kenapa tangan mak jadi kasar? Mak bukan buruh kontrak. Mak seorang guru. Tangan mak kan lembut… Mak? Aku cepat-cepat buka mata. Wajah yang tak sampai 5 inci di hadapanku buat aku terkejut beruk.
“Buat apa you kat sini? Sapa yang bagitau you, I kat sini?” Room mate aku tidak menjawab. Sebaliknya dia mengusap rambut aku lembut. Aku jadi seram. Hiys…geli dapat room mate macam ni.
“You demam ni…jom lah kita balik.” Ajak room mate aku. Aku menggeleng.
“I tak nak balik. I benci tengok you. Ambik kesempatan.” Suaraku mula meninggi. Room mate ku, aku lihat sabar saja.
“Maafkan I… I tak sengaja. Kita balik ye…” Pujuk room mate aku lagi. Aku masih kuat menepis tangannya. Tapi tenagaku lemah, tambah-tambah kepalaku pening. Aku terus di bawa ke dalam dakapan tubuh sasa itu.
“Maafkan abang sayang… maafkan abang…” Bisik suara itu lagi. Abang? Siapa yang bagi dia mandat bahasakan diri sebagai abang? Awal-awal lagi aku dah ingatkan dia supaya kami hanya ber ‘I’ dan ber ‘you’ aje. Tapi…hari ni…dia dah tukar lagi peraturan yang aku tetapkan.
“Siapa suruh you bahasakan diri you tu abang? You tu sapa?” Marahku. Dia masih memelukku. Aku pulak makin sukar meloloskan diri. Nak bukak bunga silat tak larat.
“Abang suami Nur… sepatutnya dari dulu lagi kita dah mulakan. Nur… abang sayangkan Nur. Sayang sangat-sangat. Abang nak kita bina semula rumah tangga kita. Nur…abang tak mampu laksanakan seorang diri. Abang nak Nur sentiasa ada di sisi abang. Abang mintak maaf atas apa yang terjadi semalam.” Pujukan demi pujukan yang terlontar dari mulut itu tidak melembutkan hati aku. Muhammad Amir bin Ridzuan! Pemilik nama itu adalah room mate aku sekarang, merangkap suami aku. Pilihan mak ayah. Bukan pilihan aku.
“I tak nak balik. Kalau you desak jugak… I akan lari jauh lagi. I tak nak tengok muka you buat masa ni. Please….bagi I masa…” Aku sudah mula teresak. Pautan di tubuhku mula longgar. Aku tahu, Amir sedikit beralah dengan permintaanku. Bukan permintaan, tapi lebih kepada ugutan.
“Abang akan balik. Tapi…bila Nur bersedia…Nur call abang ye… abang akan sentiasa tunggu panggilan sayang. Abang akan cepat-cepat datang kalau Nur panggil. Jaga diri ya sayang. Ingat! Abang sayang dan cintakan Nur sangat-sangat.” Amir melangkah pergi. Entah mengapa hati Nur Jiha sayu melihat wajah Amir. Tika itu hatinya rasa hendak memeluk suaminya itu, memohon keampunan. Tapi…egonya menahan.


“Abang….bangunlah bang…abang cakap abang akan datang cepat-cepat kalau Nur panggil abang. Abang tipu…” Esakan Nur Jiha menjadi-jadi. Haji Fadzli dan Hajah Khadija turut menahan pilu melihat anak perempuaannya itu.
“Nur… Nur balik ye… biar ayah pulak yang jaga Amir kat sini. Dah sebulan Nur kat sini. Nur ikut mak balik dulu. Rehat sehari dua.” Pujuk Haji Fadzli. Nur Jiha menggeleng.
“Nur nak jaga abang, ayah. Nur yang salah. Nur dah buat abang sedih sepanjang kami jadi suami isteri. Kalau Nur tak lari dari rumah hari tu, abang tak akan jadi macam ni.” Nur Jiha tidak habis-habis menyesali diri. Sejam selepas Amir berlalu pergi. Dia mendapat panggilan dari pihak polis memberi tahu suaminya terlibat dalam kemalangan. Saat itu nyawanya rasa tercabut dari badan. Menggigil tangannya memandu ke hospital, tambah-tambah dalam keadaan dirinya yang demam masa itu. Bila doctor memberitahu suaminya koma, dia rasa seolah langit jatuh menghempap dirinya. Kesalnya rasa bertimbun-timbun. Dia menyalahkan dirinya. Amir tentu sedih bila dia berkeras tidak mahu mengikut balik. Tentu suaminya memandu dalam keadaan emosi yang tidak stabil dan akhirnya terlibat dalam kemalangan. Sekarang sudah sebulan suaminya koma.
“Nur...Nur kena jaga kesihatan diri. Kalau Nur sakit…siapa nak jaga Amir?” Giliran emaknya pulak memujuk. Nur Jiha tetap menggeleng. Dia takut untuk meninggalkan Amir. Baru sekarang dia sedar betapa pentingnya lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak dapat bayangkan hidupnya, tanpa room matenya itu. Benar kata orang….kita akan menyesali kalau kita kehilangan seseorang itu. Tak! Aku takkan kehilangan dia. Abang Amir akan bangun.
“Mak ayah baliklah…Nur okey je kat sini.” Nur Jiha berusaha meyakinkan orang tuanya walaupun sebenarnya kepalanya rasa berat saja dua tiga hari ini.
Akhirnya Haji Hanafi dan Hajah Khadija beralah. Mereka melangkah keluar dari wad itu. Nur Jiha kembali menggengam tangan suaminya. Tangan itu di kucup bertalu-talu tanpa jemu.
“Nur sayang abang. Nur janji takkan tinggalkan abang lagi. Nur…” Belum sempat Nur Jiha menghabiskan ayat itu dia terasa senak di perutnya. Dia menekan perutnya. Kepalanya rasa pusing. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh ke bawah.

“Nur….Nur….” Suara garau itu terngiang-ngiang di telinga. Aku mimpi ke? Tak pun…aku dah mati. Takkan kot…rasanya..aku sakit perut dan pening kepala je tadi… Nur Jiha kembali teringatkan suara yang memanggilnya tadi.
“Abang…” Panggil Nur Jiha.
“Sayang….abang kat sini…” Nur Jiha membuka mata. Dia terkejut melihat wajah pucat itu menghadiahkan senyuman manis. Air mata mula turun di pipi Nur Jiha.
“Nur tak mimpi kan? Abang dah sedar?” Nur Jiha bangkit dari katil. Katil tempatnya terbaring bersebelahan dengan katil suaminya. Entah siapa yang merapatkan katil mereka, dia tidak tahu.
“Nur tak mimpi sayang…abang dah sedar…abang rindukan Nur…” Sekejab saja tubuh kecil Nur Jiha tenggelam dalam dakapan itu. Kehangatan tubuh suaminya meyakinkan Nur Jiha yang dia tidak bermimpi.
“Maafkan Nur bang…Maafkan Nur…” Ucap Nur Jiha pilu. Amir mengusap belakang isterinya.
“Tak ada apa yang abang nak maafkan Nur. Nur dah terima abang pun….abang dah syukur sangat. Thanks… sayang…” Ucap Amir sambil mengucup ubun-ubun isterinya.
“Macam mana Nur boleh terbaring kat sini? Bila abang sedar?” Tanya Nur Jiha masih memeluk erat suaminya. Dia merindui pelukan itu.
“Abang pun tak tau macam mana abang boleh sedar. Apa yang abang rasa, tiba-tiba je abang di tolak dari satu tempat. Abang dengar suara Nur panggil abang. Abang ikut suara Nur. Bila abang buka mata, abang tengok Nur terbaring kat bawah. Abang tekan butang atas katil tu panggil doctor. Doctor dah check...sebenarnya ada berita gembira lagi nak abang bagitau.” Cerita Amir dengan senyuman melebar.
“Apa?” Tanya Nur Jiha. Dia semakin menyelesakan diri dalam pelukan room matenya itu.
“Kita bakal jadi abi dan umi. Nur mengandung sayang.” Nur Jiha terpegun mendengar berita itu. Dia merungkaikan pelukan mereka. Wajah suaminya di tatap untuk meminta kepastian.
“Betul ke bang?” Tanya Nur Jiha dalam debar.
“Betul sayang…Nur mengandung  4 minggu. Nur tak suka ke?” Tanya Amir sedikit gusar. Nur Jiha pantas memeluk suaminya.
“Nur gembira sangat bang….sebelum ni…memang Nur takut sangat selepas peristiwa malam tu…kot-kot Nur boleh mengandung. Tapi….sekarang…Nur gembira sangat. Nur akan cuba jadi isteri dan umi yang terbaik.” Ucap Nur Jiha. Amir gembira melihat penerimaan isterinya.
“Thanks sayang…thanks…sebab sudi jadi isteri abang dan umi kepada anak abang. Selepas semua ahli keluarga abang meninggal selepas kebakaran rumah kami lima tahun yang lalu. Abang rasa abang takkan dapat keluarga lagi. Tapi…. Nur telah menunaikan impian abang untuk mempunyai keluarga lagi.” Nur Jiha terharu mendengar ucapan suaminya. Tubuh itu semakin erat di peluk.


Tiap hari balik je dari kerja room mate aku akan membawa sekuntum bunga mawar untuk aku. Hehe…room mate aku memang romantic orangnya. Pada hari lahirku yang lalu, dia membawa aku pindah ke rumah kami sendiri. Malamnya dia memasak untuk makan malam kami. Sekarang dia sudah pandai masak. Berguru dengan mak aku. Suasana romantic yang hanya di hiasi dengan cahaya lilin. Dalam keadaanku sekarang, dia begitu mengambil berat keadaan kesihatan aku dan anak kami yang masih di dalam kandungan. Sebelum aku mengandung pun dia memang sentiasa prihatin dengan kesihatan aku.
“Assalammualaikum….si boyot. Apa khabar?” Aku tersenyum mendengar pertanyaan ex-room mate aku itu di hujung talian. Dia pun sudah mendapat room mate baru 3 bulan yang lalu. Masa itu kandunganku sudah berusia empat bulan. Aku pergi ke majlis persandingannya bersama room mate aku sekarang.
“Waalaikum salam… cakap orang….nanti…kau pun akan jadi macam aku. Macam mana room mate kau sekarang? Dia baik tak? Ada tak tokoh room mate mithali macam aku?” Tanya Nur Jiha bergurau. Wan tergelak di hujung talian.
“Okeylah jugak… dia tak seromantik room mate kau…tapi…sekurang-kurangnya dia sayang kat aku.…banyak bantu aku dalam apa-apa hal.” Balas Wan. Nur Jiha tersenyum. Kalau dengan Wan, mereka akan bercerita apa saja. Tapi, masih ada batasnya.
“Hmm…baguslah….ada tokoh room mate mithali tu.”
“Eh! Aku dengar bunyi keretalah…sorrylah…ingatkan nak berbual lama. Tapi cik abang aku dah sampai tu.. take care.” Pesan Wan sebelum memutuskan talian. Nur Jiha tersenyum. Tidak lama lagi tentu room matenya juga akan sampai. Semenjak Amir kemalangan dulu, Nur Jiha sudah berhenti kerja. Tambah-tambah dalam keadaan dia yang mengandung sekarang.
Haruman bunga mawar menyerbu ke rongga hidungnya. Selepas itu dia terasa kehangatan pelukan suaminya dari belakang.
“Sayang dan baby sihat? Dari tadi senyum…” Suara garau itu menghantar tenang di hati. Nur JiIha mengusap lembut pipi suaminya.
“Nur baru berbual dengan ex-room mate Nur tadi. Dia tengah bahagia sekarang ni dengan room mate baru dia.” Amir tergelak. Perkataan room mate menggelikan hatinya. Room mate! Itulah gelaran isterinya pada dia dulu.
“Nur pulak? Nur bahagia tak hidup dengan room mate Nur sekarang?” Tanya Amir.
“Bahagia. Abang pulak?”
“Bahagia sangat-sangat. Ada perbezaan tak ex-room mate Nur tu dengan room mate Nur sekarang?” Amir sengaja bergurau bertanya soalan itu. Nur Jiha tersenyum sinis, dia tahu suaminya sengaja tanya soalan yang merepek seperti itu.
“Mestilah ada. Ex-room mate dulu perempuan. Sekarang lelaki.” Balas Nur Jiha. Amir tersenyum.
“Lagi?” Tanya Amir lagi.
“Room mate Nur sekarang leh buat perut Nur gemuk macam ni. Room mate dulu tak.” Balas Nur Jiha geram. Amir tergelak geli hati. Pipi isterinya di kucup lembut.
“Abang akan buat perut Nur gemuk macam ni enam kali lagi. Abang nak kita ada ramai anak.” Terlopong mulut Nur Jiha mendengar kata-kata suaminya.
“Banyaknya bang…”
“Alah….kalau boleh abang nak cukupkan 1 dozen, tapi kesihan pulak kat Nur.” Balas Amir selamba. Nur Jiha menghadiahkan cubitan di lengan suaminya. Amir tergelak saja. Bahagia menyelinap dalam dirinya.
“Abang harap…rumah tangga kita bahagia hingga akhir hayat. Thanks sayang…I love you…” ucap Amir.

“I love you too.” Balas Nur Jiha. Dalam hati masing-masing berdoa, semoga ALLAH merahmati rumah tangga mereka. 

No comments:

Post a Comment