Tuesday, May 24, 2016

Salah Mencintainya

Anak muridku sayang

Aku rasa, tidak wajar aku sebagai seorang guru bersikap begini pada anak muridku. Aku harus ikhlas mendidik setiap anak muridku tanpa rasa pilih kasih. Tapi…melihat kenakalan yang seorang ini, sering kali niat murniku tersasar. Teletahnya mengalahkan yang lain. Sesekali rotan yang aku bawa untuk menakutkan anak muridku, hinggap ke tapak tangan Azam. Azam, ye!... Azamla nama anak muridku itu. Anak murid yang tidak tidak pernah membuatkan hatiku tenang bila mengajar. Kalau tak tahan, silap-silap aku boleh kena stroke.
“Apa hobi kamu pada masa lapang Saiful?” Tanyaku pada Saiful yang baru berusia 7 tahun itu. Saiful bangun dan merenungku malu-malu.
“Hobi tu apa cikgu?” Tanya Saiful perlahan. Aku sedar, anak kecil seusia itu belum mengerti. Sebagai cikgu tuisyen aku harus menerangkan mana-mana yang patut.
“Hobi tu…”
“Saya tau cikgu.” Sampuk Azam. Aku bengang, rasa hendak aku tarik cuping telinganya. Biar lebar macam piring astro.
“Ha! Kalau tau..awak jawab la.” Balasku malas.
“Hobi tu…apa aktiviti yang kita suka buat pada masa lapang.” Jawab Azam penuh yakin. Anak-anak muridku yang lain angguk kepala mengerti. Aku tersenyum kecil, tidak sangka penerangan Azam itu mudah di fahami oleh rakan-rakannya yang lain.
“Jadi..apa hobi kamu?” Tanyaku lagi.
“Mengorat cikgu Anis la…tapi cikgu Anis tak layan sebab cikgu Anis perasan cikgu tu cun.”
Hah!....ingin saja aku meluku kepala si Azam mendengar jawapannya itu. Darah rasa menyirap dari dada hingga ke kepala. Anak muridku yang lain sudah tergelak geli hati. Sempat pulak si Azam buat high five dengan kawan-kawan di sebelahnya.
Aku tak tau…kenapa la aku bodoh sangat terima si Azam ini jadi murid dalam kelasku. Mungkin kerana ego atau…lebih tepat lagi…takut dengan pemilik pusat tuisyen ini. Dah la aku ni belum ada kerja tetap lagi. Kalau aku di buang kerja gara-gara tidak mahu menerima Azam menjadi anak muridku, apa adik-adik aku nak makan nanti? Azam memang besar pengaruhnya. Anak orang kayalah katakan. Azam ni pun satu hal. Banyak lagi kelas lain yang Azam boleh masuk, kelas aku jugak yang dia pilih. Huhuhuhu…sampai hati kau Azam.
“Jangan la marah cikgu…kalau lagi marah…lagi tak cun.” Suara sumbang itu makin giat mengusikku. Hiys…kalau tak mengenangkan dia tu anak orang…siap la aku piat-piat telinga. Tak pun aku panggang buat satay…
“Cikgu…meh la tumpang sekali. Driver saya hantar.” Pelawa Azam. Hisy…. Perkara yang tidak masuk akal kalau aku naik satu kereta dengan ‘musuh ketatku’.
“Hmm…tak apa la…saya boleh jalan kaki.” Tolakku lembut. Aku sempat menghadiahkan senyuman pada pemandu Azam. Pemandu Azam itu nampak berbudi bahasa berbanding tuannya. Sebenarnya terasa kesal juga dengan jawapanku tadi. Rumahku bukan dekat. Kalau berjalan kaki, mahu tak setengah jam. Sudah la di malam yang suram seram ini. Huhuhu…
“Tapi…kan dah malam ni cikgu…” Wajah itu Nampak risau. Aku nampak keikhlasan wajah di wajah itu. Bibirku ku ketap sekejab. Sebelum ini angah yang menjemputku. Tapi…petang tadi ketika menghantarku ke sini, angah ada memberitahu dia balik kerja agak lambat. Angah kerja part time di Restoran Rasa tidak jauh dari rumah kami.
“Cikgu…mari la kami hantarkan.” Pelawa pulak Pak Daud. Pemandu si Azam. Azam pantas meloloskan diri di tempat duduk depan. Mungkin memberi ruang pada aku bersendirian duduk di tempat duduk belakang. Mungkin juga dia tahu aku tidak selesa duduk bersebelahan lelaki yang bukan halal.
Mahu tak mahu aku masuk juga. Sepanjang dalam perjalanan balik aku hanya diam. Yang kedengaran suara Azam berbual dengan Pak Daud. Aku hanya menjawab sepatah dua soalan dari dua lelaki itu.
“Pak cik…boleh tak singgah kejab kat Restoran Rasa depan tu?” Tanyaku. Pak Daud membelok kereta ke simpang restoran yang aku maksudkan tadi. Angah keluar bila melihat kelibatku. Matanya merenung tajam ke arah Azam.
“Siapa tu Long?” Tanya angah kurang senang.
“Itu anak murid along la…dia ambik tuisyen kat kelas along.” Jelasku. Mata angah membulat mendengar jawapanku.
“Hmm…along terpaksa tumpang dia balik ngah. Along takut nak jalan malam-malam macam ni.” Jelasku lagi. Angah angguk mengerti.
“Along…hati-hati ye.” Pesan angah sebelum aku masuk kembali ke kereta milik Azam.
“Adik ye?” Tanya Pak Daud.
“Hmm…yang nombor dua.” Beritahuku tanpa di tanya.
“Masih belajar?” Tanya Azam pulak. Eleh…pandai-pandai pulak dia ni menyampuk cakap orang tua.
“Masih…kat UiTM. Dia kerja part time kat restoran tadi.” Beritahuku lagi.
“Mak ayah?” Tanya Pak Daud lagi. Mungkin dia hairan melihat kami adik beradik bekerja sampai malam.
“Dah meninggal.” Balasku menahan sebak. Azam menoleh ke arahku. Aku nampak biasan simpati di matanya. Pak Daud pun megerling ke belakang melalui cermin pandang belakang. Tapi…aku tidak memerlukan simpati itu. Selagi kudratku masih ada aku akan berusaha untuk menyara adik-adikku.
“Jadi…sekarang…cikgu Anis yang tanggung keluarga?” Tanya Azam lagi. Aku hanya angguk.
“Cikgu Anis ada berapa orang adik beradik?” tanyannya lagi. aku pula yang mula jemu dengan soalannya.
“Lima.”
“Semua masih belajar?” Tanya pula Pak Daud.
“Hmm…saya sorang je baru lepas U. Angah UiTM. Alang dan Achik sekolah menengah dan Acu sekolah rendah.” Jawabku penuh. Moga-moga tiada lagi soalan dari mulut dua lelaki itu.  Aku tersenyum melihat bumbung rumahku.
“Pak cik…tolong berhenti kat depan tu ye…”Pintaku. Achik sudah menunggu di depan pintu rumah kami seperti kebiasaan.
“Cikgu tinggal di sini?” Tanya Azam macam tidak percaya. Aku angguk lagi. Mungkin Azam tidak percaya di pondok buruk inilah aku dan empat lagi adikku tinggal. Rumah tinggalan abah sekarang di duduki oleh Mak long. Mak long cakap rumah itu dulu tinggalan arwah atuk padanya. Abah hanya menumpang. Aku malas untuk bertikam lidah dengan Mak long kerana setahuku, atuk mewariskan rumah itu pada abah. Tapi, tiada hitam putih. Alih-alih aku membawa adik-adikku di pondok buruk ini. Pondok buruk ini bekas stor rumah kami dulu. Sesekali hatiku sebak melihat rumah kami yang hanya di depan pondok buruk ini.
Achik yang bertongkat menghampiri kami. Dia menghadiahkan senyuman pada Pak Daud dan Azam.
“Ni adik saya. Zara.” Perkenalku. Achik angguk kepala sebagai tanda hormat. Melihat adikku ini, aku jadi semakin sebak. Achik satu-satunya yang terselamat ketika kemalangan yang menimpa mak dan abah. Abah, mak, pak su dan atuk, meninggal dalam kemalangan itu. Achik pulak terpaksa menggunakan tongkat sepanjang hayatnya.
“Hmm…Terima kasih banyak-banyak kerana tumpangkan saya ye…Pak cik…Azam.” Ucapku.
“Kalau cikgu tak keberatan…kami boleh jemput dan hantar cikgu balik ke sini bila nak turun tuisyen.” Tawar Azam. Mungkin bersimpati denganku. Aku geleng, tidak mahu termakan budi dengan orang. Malam ini pun aku sudah rasa tidak selesa.
“Saya ikhlas nak tolong.” Ucap Azam.
“Tak apa la Azam. Angah boleh hantar dan jemput saya. Pak cik…hati-hati ye memandu.” Pesanku memendekkan perbualan kami. Aku tidak selesa bercakap dengan lelaki malam-malam begitu.
“Kami balik dulu.” Ucap pak Daud. Aku dan achik menghantar mereka melalui pandangan mata.
“Jom la masuk long. Nasi, lauk semua kami dah siapkan.” Ujar Achik. Aku membantunya masuk.


Ketika aku masuk ke dalam rumah, alang dan acu sudah tertidur. Alang adik lelakiku akan menduduki SPM tahun ini. Achik pula PMR dan acu pulak akan mengambil UPSR. Aku kesihan melihat mereka. Dalam kepayahan kami bergelut dengan kemiskinan, mereka berjuang untuk menduduki ujian-ujian penting. Kalau mak dan ayah masih ada, tidaklah nasib kami sebegini.

“Along…kenapa tak jamah nasi tu?” Tanya achik. Aku tersentak. Air mata yang mengalir ku kesat. Bimbang achik melihatnya.
“Achik, alang dan acu dah makan?” Tanyaku sambil merenung wajah lembut adikku.
“Hmm…dah long…petang tadi dah makan. Takut makan lambat mengantuk pulak nak study malam ni. Alang dan acu pun dah tertidur tu.” Jawab achik. Dia nampak mengantuk.
“Kalau mengantuk…tidur la chik…tak elok tidur lewat, esok-esok dalam kelas mengantuk. Tak dapat focus dalam pelajaran.” Nasihatku. Aku menarik lembut tangannya menuju ke tilam. Ruang sempit itu hanya kami pecahkan dengan birai langsir. Aku dan achik tidur di atas para yang angah buat. Angah, alang dan acu tidur di lantai. Depan tempat tidur kami dapur , sekali dengan tempat makan dan bersambung pulak dengan bilik air dan tandas. Itu mujur mak long mengupah orang membuat tandas dan bilik air untuk pondok buruk kami kerana tidak mahu kami menggunakan bilik air dan tandas di rumah besar.
Aku menjamah sedikit makanan. Nasi lebih ini boleh aku goreng untuk adik-adikku bersarapan esok. Aku menjenguk beras. Sedikit keluhan di dadaku melihat beras yang tinggal secupak. Gaji bulan ini belum keluar lagi. Baki gaji bulan lepas sudah aku serahkan pada alang untuk membeli zink untuk membaiki bumbung kami yang bocor teruk. Aku tidak mahu menggunakan gaji angah kerana angah lebih besar belanjanya untuk pelajarannya walaupun semua gajinya ada di tanganku.

Aku mengejutkan adik-adikku untuk solat subuh. Acu mengimamkan solat kami. Aku menetapkan adik-adik lelakiku giliran untuk mengimamkan solat supaya mereka boleh menjadi pemimpin keluarga atau orang lain suatu hari nanti. Ketika abah masih hidup pun dia suka menyuruh adik-adik lelakiku mengimamkan solat.
Selepas solat aku menggoreng nasi untuk adik-adikku. Alang, achik dan acu bersiap-siap untuk ke sekolah. Angah pulak membantuku di dapur. Kelas angah petang nanti.
“Angah beli beras semalam?” Tanyaku. Pagi tadi aku melihat plastic beras sudah tersandar di tepi dapur.  Angah angguk. Aku terharu melihat adik-adikku. Mereka faham keadaan kami.
“Duit untuk angah belanja ada tak?”  Tanyaku lagi.
“Hmm…ada long. Along jangan risau ye…meh sini, angah bancuh air tu. Along bersiaplah…kan nak along nak turun kerja lepas ni.” Angah mengambil jug di tanganku. Aku beredar ke bilik air.

“Eh! Cikgu. Cikgu buat apa kat sini?” Aku terkejut melihat Azam. Matanya bersinar melihatku. Aku jadi tersipu dengan rakan-rakan sepejabatku. Tapi…mengapa Azam ada di situ? Sebelum ini aku tidak pernah melihatnya di situ.
“Cikgu kerja sini ke?” Aku hanya mengangguk sebagai menjawab pertanyaan Azam. Darah menyerbu ke muka melihat Azam duduk di sisi mejaku. Aku serba tidak kena.
“Azam…boleh tak awak duduk kat lain? Saya banyak kerja ni. Nanti bos saya marah, kerja tak siap. Maklum la…saya ni kerani je kat sini.” Ucapku. Azam tidak mengendahkan kata-kataku. Aku bengang. Lengannya aku cubit.
“Garang la cikgu ni…” Azam ketawa-ketawa. Aku tidak mengendahkannya. Aku bimbang kelakuan Azam mengundang cakap-cakap yang tidak baik pada aku. Aku pun masih baru di sini. Hanya kerja kerani yang dapat aku sandang kerana aku tiada pengalaman. Kelulusan ijazah yang aku pegang hanya di pandang sepi oleh syarikat-syarikat yang aku mohon pekerjaan.
“Tolong la Azam… nanti bos buang saya. Saya sangat memerlukan kerja ni.” Aku separuh merayu. Azam terus berdiri.
“Tak ada sesiapa akan buang cikgu kat sini. Saya tak akan benarkan.” Tegas Azam. Aku mengerutkan dahi. Kuasa apa yang Azam ada untuk menghalang bos dari membuang aku, kalau bos tidak suka dengan mutu kerja aku?
“Azam….” Aku telan liur bila suara pemilik syarikat tempat aku bekerja memanggil Azam. Pemilik syarikat merangkap CEO syarikat ini.
“Ke mana kamu merayap? Di suruh tengok-tengok syarikat, kat bawah ni kamu melekat.” Leter Datuk Ashaari. Aku hanya tunduk, malu dengan orang-orang berjawatan tinggi yang mengiringi datuk Ashaari.
“Azam cuma jenguk-jenguk staf kita papa. Sebelum memulakan tugas Azam di sini, Azam nak tanya pendapat staf-staf kita dulu tentang company kita ni. Tapi….pa..boleh tak Azam mula dari bawah?” Aku terkejut mendengar perbualan Azam dan Datuk Ashaari. Ini bermakna….. Azam anak pemilik syarikat ni?
“Tapi papa dah sediakan tempat untuk kamu.” Datuk Ashaari serba salah.
“Pa…kalau nak Azam faham company kita ni, tolong benarkan Azam bermula dari bawah dulu. Macam papa dulu-dulu. Azam nak jaga stor dulu. Dan…meja Azam kat sebelah Anis ni.” Aku rasa hendak ketuk je kepala si Azam ini mendengar usulnya. Datuk Ashaari tersenyum penuh makna pada Azam.
“Hmm….ok..nampaknya anak papa ini lebih bijak mengatur strategi. Papa benarkan.” Azam terus memeluk papanya bila papanya memberi persetujuan. Aku pulak mengeluh dalam diam. Siang aku bertemu dengannya. Dan malam pun dia ada sama.
Azam! Aku tidak tahu kenapa lelaki itu selalu menganggu hidupku. Aku terkejut ketika di perkenalkan oleh pemilik tempat tuisyen aku mengajar ada seorang murid tua hendak masuk belajar di kelasku. Azam masuk dengan sengih sampai ke telinga.
Handsome! Tapi sayang mereng. Detik hatiku.
“Assalammualaikum cikgu…” Azam bersuara ceria.
“Waalaikumsalam..masuk la…meja kat depan ye.” Balasku. Azam duduk sambil merenungku. Aku jadi seram. Dia ni betul ke tak? Aku jadi keliru.
“Kenapa awak masuk kelas ni Azam?” Tanyaku. Anak-anak muridku yang lain juga kehairanan. Orang dewasa belajar tuisyen di kelas budak-budak darjah satu.
“Oh…saya masuk kelas ni semata-mata nak tengok cikgu Anis.” Balas Azam. Darahku rasa mendidih.
“Awak tak perlu masuk kelas ni kalau awak nak tengok saya je. Awak akan mengganggu pelajar-pelajar saya yang lain.” Marahku. Azam menarik sengihnya.
“Ya…saya tak perlu masuk kelas ni kalau cikgu Anis sudi kahwin dengan saya.” Rahangku rasa jatuh mendengar kata-kata itu. Anak-anak muridku yang lain sudah tersenyum-senyum seakan memahami. Budak-budak kecik sekarang…keluh hatiku.
“Awak ni gila ke apa Azam.” Marahku. Aku tidak peduli menghamburkan kata-kata yang agak kesat.
“Hmm…cikgu yang buat saya gila. Cikgu Anis….saya rasa saya berhak belajar di kelas ini kerana saya dah bayar yuran. Ala….cikgu buat macam biasa aje. Anggap saya tak ada di sini.” Ucap Azam.
Sebelum balik dari mengajar kelas hari itu aku bertanya kepada Azam dari mana dia kenal pada aku.
“Saya kenal cikgu time cikgu bantu saya bangun lepas jatuh di hospital. Ingat tak lelaki bertongkat yang cikgu pimpin masuk ke bilik kat hospital.” Cerita Azam. Mulutku sedikit ternganga. Jadi….rupa-rupanya Azam la lelaki yang aku tolong di hospital semasa aku menjaga achik dulu. Kenapa aku tak perasan?
“Habis…apa niat sebenar awak?”
“Saya nak memperisterikan cikgu.” Dadaku berdegup kuat. Aku terus pergi dari situ.

“Cikgu…tadi cakap banyak kerja…tapi…sekarang termenung pulak.” Aku tersentak. Azam masih dengan sengihnya di meja sebelah.
“Awak betul-betul buat saya gila.” Ucapku geram.
“Saya akan buat cikgu tergila-gilakan saya.” Balas Azam. Aku mencebik. Tergila-gilakan dia? Minta di simpangkan.
“Muka cikgu Anis cute kalau buat macam tu. Tapi….lagi cute dan menawan kalau tersenyum. Dan…lagi,lagi dan lagi….cute, menawan, cantik dan menarik kalau tersipu malu. Macam kat hospital dulu. Time saya tak sengaja terpeluk cikgu masa kaki saya tersadung.” Kata-kata itu membuatkan aku teringat kembali saat itu. Wajahku jadi merah. Pertama kali aku di peluk oleh lelaki yang bukan mahram. Kejadian yang tidak sengaja.
“Hah….cikgu sangat cantik…dengan wajah malu-malu macam ni.” Ucap Azam lagi. Mungkin menyedari wajahku sudah merah kerana menahan malu. Aku segera beredar. Bimbang marahku tidak dapat di tahan. Aku bertapa sekejab di dalam tandas.

Aku terpaksa juga menumpang kereta Azam untuk balik ke rumah petang itu. Masa itu hujan lebat. Sebaik sampai di rumah, aku terkejut melihat barang-barang kami sudah di punggah keluar dari pondok kami.
“Along…” Panggil adik-adikku sambil memelukku erat. Azam dan Pak Daud menghampiri kami.
“Apa dah jadi ni Angah?” Tanyaku dengan suara yang bergetar.
“Mak long dah halau kita dari sini long. Dia nak jual tanah ni.” Beritahu angah.
“Angah nak bunuh dia long…. Angah benci kat mak long.” Angah membentak marah.
“Jangan ngah…along tak nak adik-adik along susah. Sudahlah…kita menumpang kat surau hujung kampung dulu malam ni. Sementara along cari rumah untuk kita.” Pujukku sambil mengusap lembut belakang angah.
“Achik, alang…acu…kutip semua buku-buku. Kain baju. Angah…tolong along letak kotak-kotak kat kereta sorong.” Adik-adikku patuh dengan arahanku.
“Cikgu…” Aku terkejut mendengar suara itu. Aku tidak sedar Azam dan Pak Daud masih di situ.
“Cikgu..cikgu bawa la adik-adik cikgu duduk di rumah saya. Rumah saya tak jauh dari office kita.” Pelawa Azam. Wajahnya sukar aku gambarkan. Baruku lihat wajahnya begitu tulus. Tapi…aku tidak mahu terhutang budi dengannya.
“Tak apalah encik Azam. Saya dan adik-adik boleh menumpang di surau hujung kampung ni dulu.” Tolakku. Aku malu untuk menerima bantuan dari lelaki itu lagi.
“Janganla macam tu cikgu…kesihan kat adik-adik awak.” Azam cuba memancing dengan menyebut adik-adikku. Dia seakan tahu kelemahan aku yang satu itu.
“Tapi…macam mana dengan family awak?” Tanyaku serba salah.
“Rumah tu saya duduk sorang. Belakang rumah tu, rumah pak Daud dan mak Siti. Tak apa la…saya boleh duduk dengan orang tua saya. Cikgu dan adik-adik duduk la di situ.” Ucap Azam.
“Saya dah menyusahkan awak.” Aku jadi sedih. Sampai hati mak long buat kami macam ni.
“Hmm…tak apa Anis. Saya ikhlas. Lagipun…saya sayangkan awak.” Aku tersipu mendengar ucapan itu. Angah dan alang serentak berdehem. Achik sudah tersenyum-senyum.
“Long….acu lapar.” Suara adik bongsuku menyentak kami semua. Aku menggamit acu, tubuh itu ku peluk penuh kasih.
“Meh la cepat masuk kereta abang, kita pergi makan.” Ujar Azam. Acu tersenyum gembira.
“Pak Daud boleh tolong uruskan tak? Nanti saya call Ikmal bawa pick up kat sini.” Pak Daud angguk dengan senyuman. Dia bersimpati dengan nasib yang menimpa anak yatim piatu itu.
“Pak Daud nak pesan apa-apa?” Tanya Azam.
“Hmm…tak apa. Mak siti kamu tentu dah masak. Pak Daud cuma nak kamu jaga budak-budak ni elok-elok.” Ucap Pak Daud. Aku menghadiahkan senyuman pada orang tua itu. Melihat Pak Daud aku teringatkan arwah abah. Sikapnya seperti Pak Daud.
“Ye la Pak Daud. Jom la masuk.” Ajak Azam sambil melangkah ke tempat duduk pemandu. Aku menolak angah supaya duduk di depan bersama Azam.
“Eh! Kenapa tak masuk lagi?” Tanya Azam bila melihat kami serba salah untuk masuk. Aku jadi malu pada Azam.
“Pakaian kami semua kotor bang…takut kotorkan kereta abang.” Beritahu angah. Azam mengetap bibir. Aku tidak tahu apa yang ada di fikirannya.
“Abang tak nak kamu cakap macam tu. Apa la yang ada pada kotoran tu. Nanti boleh basuh.” Ucap Azam. Kami masuk juga ke dalam kereta mewah itu. Sepanjang perjalanan, angah berbual panjang dengan Azam. Sesekali alang pun menyampuk sama. Mereka kelihatan riang. Achik pula hanya ketawa-ketawa bila di usik oleh Azam, angah dan alang. Cuma aku yang masih melayan perasaan sambil mengusap-usap lembut rambut acu. Acu sudah tertidur.
“Nak makan kat mana?” Tanya Azam.
“Hmm…kat warung depan tu aje la.” Pintaku. Azam hanya menurut. Selepas makan aku terkejut bila Azam membawa kami ke tempat membeli belah. Dia menyuruh adik-adikku memilih apa saja pakaian yang mereka mahu.
“Eh! Kenapa tak bergerak ni?” Tanya Azam. Adik-adikku memandang wajahku seakan meminta keizinan. Mata mereka bersinar melihat pakaian yang cantik-cantik di situ.
“Tak payahla encik Azam…”Aku tidak senang hati.
“Anis…sejak bila pula nama dalam ic saya ada encik. Dan…saya cuma ikhlas nak belikan baju untuk awak dan adik-adik awak. Please ye Anis…izinkan saya pikul sebahagian beban awak.” Suara itu sayu. Sesayu hatiku. Akhirnya aku angguk perlahan. Adik-adikku berwajah riang. Cuma sempat aku pesan jangan berlebih-lebih.
“Eh! Awak tak beli apa-apa?” Tanya Azam. Aku menggeleng. Azam mengerutkan dahi nampak tidak puas hati.
“Saya masih banyak pakaian. Biar la adik-adik je yang beli.” Tolakku lembut. Azam mengeleng. Dia menyambar sehelai baju kurung berwarna merah jambu. Nampak lembut dan cantik. Tapi untuk siapa?
Aku rasa bersalah bila melihat Azam menghulurkan kad kredit pada gadis di kuanter pembayaran. Tambah-tambah bila dia menghulurkan baju kurung merah jambu yang di pilihnya tadi kepadaku. Aku tahu, banyak duit Azam melayang untuk membayar pakaian yang adik-adikku ambik. Aku sudah berpesan pada adik-adikku untuk mengambil sepasang baju yang murah aje. Tapi… Azam pulak yang memilih 3 helai baju dan 3 helai seluar untuk adik-adikku. Bila angah, alang, achik dan acu menolak Azam buat-buat tak dengar.
“Betul ke awak tak nak apa-apa lagi?” Bisik Azam dekat di telingaku. Aku terkejut, tidak perasan sejak bila dia berdiri begitu hampir denganku. Adik-adikku tersenyum nakal. Jelinganku tidak di pedulikan Azam dan adik-adikku.
“Tak…hmm….encik Azam boleh potong gaji saya tiap bulan untuk kos pakaian kami.” Ucapku. Azam menarik muka. Keluhan terdengar dari mulutnya. Aku serba salah melihat wajahnya.
“Saya ikhlas nak tolong awak Anis dan adik-adik Anis. Saya tak perlukan apa-apa melainkan kebahagiaan awak dan kegembiraan adik-adik.” Balasnya. Aku terharu, sengaja aku palingkan wajah ke kiri untuk mengelak matanya menangkap titisan jernih yang mula mengalir di kelopak mataku.
“Kami tak ada apa-apa yang boleh bagi kat awak Azam. Kami hanya anak yatim piatu yang akan menyusahkan dan membebankan awak nanti.” Suaraku bergetar. Azam beralih tempat, berdiri menghadapku. Adik-adikku seakan faham, mereka duduk di bangku yang agak jauh dari kedudukan kami.
“Saya tak rasa Anis dan adik-adik membebankan saya. Tapi… saya tau beban yang Anis galas selepas orang tua Anis di jemput ILAHI. Benarkan saya galas sebahagian beban tu. Benarkan saya jadi pelindung Anis dan adik-adik. Saya janji akan cuba bahagiakan Anis dan adik-adik.” Ucap Azam panjang lebar. Aku terkaku, hatiku betul-betul terhentuh mendengar ucapan itu. Wajah yang penuh berharap itu aku tatap sekejab mencari sinar keikhlasan.
“Apa maksud awak Azam?” tanyaku meminta kepastian.
“Saya nak jadi suami awak Anis. Jadi kawan, teman untuk mengharungi hari-hari mendatang. Anis  sudi tak jadi isteri saya?” Lamar Azam. Aku tergamam, mulutku sedikit terbuka.
“Saya tak paksa, tapi…saya nak jadi pelindung awak. Benarkan saya jadi pelindung awak Anis…. Saya sayangkan awak dan adik-adik…” Bisik Azam, tetapi amat jelas di pendengaranku.
‘saya sayangkan awak dan adik-adik’ Ayat itu lebih berkesan di hatiku. Azam bukan saya menyayangiku, tapi juga menyayangi adik-adikku. Bukan ke lelaki seperti ini yang aku cari selama ini? Lelaki yang bukan saja menyayangiku. Tapi, turut menyayangi adik-adikku. Sanggupkah aku melepaskan lelaki yang sebaik ini? Macam mana dengan hatiku sendiri? Adakah aku menyayangi lelaki yang engaku menyayangi aku dan adik-adikku ini?
Aku berpaling memandang adik-adikku yang sedang bergurau sesama sendiri. Wajah angah yang mengandung kepayahan, wajah alang yang hidup terhimpit, wajah achik yang tak habis di hinggap derita dan wajah acu yang dahagakan kasih. Tegakah aku melihat wajah-wajah kesayanganku itu terus terusan begitu?
“Anis…” Panggilan lembut membuatkan aku kembali menentang wajah itu sekejab.
“Awak janji akan sayang saya dan adik-adik?” Aku meminta kepastian. Azam tersenyum girang, mungkin dia dapat menafsir pertanyaanku seakan member seribu harapan kepadanya.
Azam pantas angguk.
“Saya tak perlukan anggukan awak Azam. Saya nak awak janji akan sayang saya dan adik-adik. Saya akan cuba buka hati saya untuk awak. Saya janji akan jadi isteri yang baik pada awak. Saya akan jadi anak yang baik pada ibu bapa awak.” Ujarku.
“Yes!” Azam menjerit suka. Aku tersipu melihat adik-adikku yang menghampiri. Azam terus memeluk angah. Angah pun merah muka, malu. Alang, achik dan acu mendekatiku.
“Kenapa dengan abang Azam long?” Tanya Alang.
“Kami akan kahwin lang. Panggil abang, abang long k.” sahut Azam bagi pihakku. Wajah adik-adikku bersinar gembira. Aku bahagia melihat sinar itu. Sudah lama aku tidak melihat sinar itu. Kalau itu akan membahagiakan adik-adikku, tidak salah aku menerima Azam. Aku yakin, tidak sukar untuk aku jatuh cinta dengan dia selepas ini. Selepas apa yang dia buat untuk aku dan adik-adik tadi pun hatiku mula sedikit demi sedikit membenihkan perasaan asing yang membahagiakan untukku. Ya ALLAH…. Semoga keputusanku ini akan membahagiakan semua orang.

Saban hari, wajah itu yang aku rindui. Wajah yang enam bulan lalu menjadi suamiku. Lelaki yang membuka pintu hatiku untuk jatuh cinta. Hidupku sentiasa di buai kebahagiaan. Aku tidak menyangka, wajah yang nakal mengusikku dulu boleh jadi lelaki yang penyayang. Bukan saja pada aku, tapi pada adik-adikku.
Azam tidak membenarkan aku bekerja lagi. Tapi, untuk mengisi masa lapangku, dia membuka pusat tuisyen kecil untukku. Aku mengajar pada sebelah petang saja. Adik-adikku pun tidak perlu lagi bekerja. Angah pun sudah duduk di kampus untuk memastikan dia dapat menumpukan masa untuk belajar. Dulu dia tidak mahu meninggalkan aku dan adik-adik, takut dengan keluarga mak long akan mengapa-apakan kami. Alang, achik dan acu bersekolah sambil di hantar oleh abang long kesayangan mereka.
Sesekali, aku risau juga. Bimbang orang lain mengata aku mengambil kesempatan di atas kebaikan suamiku. Tapi…segera suamiku memujuk hatiku. Pak Daud suami isteri pun selalu ada di sisiku. Mereka pun gembira bila tuan mereka sudah punya keluarga sendiri. Layanan kedua suami isteri itu membuatkan aku dan adik-adik rasa sudah punya ibu bapa lagi.Mereka melayan kami seperti anak mereka. Acu dan achik pun memanggil pak Daud dan Mak Siti, ayah dan ibu. Orang tua itu gembira sungguh di panggil begitu. Cuma aku yang kurang selesa memanggil begitu. Mungkin kerana aku masih terkenangkan orang tuaku sendiri.
“Sayang….menungkan apa tu?” Aku tersentak mendengar suara garau itu. Segera aku bangun, tangannya aku salam dan kucup hormat. Dahiku di kucup lembut. Aku mengambil kot dan briefcase suamiku dan di simpan ke dalam bilik. Suamiku sudah tersandar malas di sofa. Aku ke dapur sekejab, mengambil jus untuk membasahkan tekaknya.
“Thanks…” Ucapnya sambil mengusap tanganku sekejab. Dia meneguk sampai habis separuh.
“Penat?” Tanyaku melihat wajahnya layu. Bahunya aku urut lembut. Dia mengangguk sambil memejam mata menikmati urutan itu.
“Sayang dan adik-adik sihat?” Tanya suamiku prihatin.
“Hmm…sihat bang….kami tak apa-apa..abang tu pun kena jaga diri. Jaga kesihatan abang. Anis tengok, abang macam lesu je sejak akhir-akhir ni…” Suamiku tersenyum mendengar omelku. Sebenarnya aku risau melihat wajah kelesuannya.
“Abang tak apa-apa sayang. Cuma projek banyak giler sejak akhir-akhir ni. Lepas kita honeymoon hari tu banyak kerja yang tertangguh.” Ujar Azam. Aku rasa bersalah.
“Itu la….Anis cakap tangguhkan dulu honeymoon, abang berkeras nak pergi…” Ujarku pura-pura marah. Suamiku membuka mata dan mengalih tubuh menghadapku. Jemariku di gengam lembut dan di kucup perlahan.
“Mana boleh tangguh-tangguh…sayang sentiasa buat abang tergoda tau tak…” Ucap suamiku nakal. Aku mencubit lengannya lembut. Suamiku tergelak.
“Abang… mama nak jumpa abang hujung minggu ni. Dia call Anis petang tadi. Dia cakap, dia dah call abang. Tapi, abang tak angkat. ” Beritahuku. Azam mematikan gelak. Aku tahu, Azam serba salah.
“Hmm…nanti abang pergi. Anis dan adik-adik tak payah ikut k. Abang tau…nanti Anis akan sedih.” Ujar Azam. Aku terdiam sekejab. Dan angguk perlahan.

Mama! Aku berharap dapat menumpang kasih pada mertuaku itu. Mengharapkan kasih seorang ibu. Tapi, malangnya mama tidak begitu. Aku tidak menyangka penerimaannya pada aku dan adik-adik berbeza dengan suamiku, papa, dan dik Za. Mama tidak pernah menyukaiku dan adik-adikku. Aku tidak tahu tentang itu sehinggalah saat aku menghulurkan tangan bersalaman dengannya selepas aku dan Azam di ijab kabulkan. Menurut Dik Za, adik bongsu suamiku. Azam mengugut tidak akan balik ke rumah lagi kalau mama tidak membenarkan mereka berkahwin. Aku sedih kerana usahaku untuk berbaik dengannya di salah sangka. Jelas-jelas dia menuduh aku dan adik-adik menumpang senang. Aku hanya menelan kata-katanya. Tapi, kalau aku tahu begitu penerimaan mama, mungkin aku akan berfikir panjang untuk menerima Azam. Tapi, memang sudah jodohku tertulis dengan Azam. Siapa yang hendak menyangkal, takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.

“Sayang…. Abang tetap sayangkan sayang dan adik-adik sampai bila-bila.” Aku tersentak. Kucupan hangatnya di pipiku membuatkan wajahku merona kemerahan. Azam tergelak kecil.
“Dah selalu abang buat macam tu pun sayang malu lagi.” Ucapnya. Aku ketap bibir geram. Azam semakin galak ketawa.
“Ehem…” Deheman itu mematikan tindakan Azam untuk mengucup pipi isterinya. Anis dan Azam sama-sama tersipu malu melihat alang dan acu melangkah kea rah mereka. Alang tersengih nakal dan melabuhkan punggung di sebelah suami sambil menyalami tangan itu. Acu ikut sama mengucup tangan itu dan tubuh kecil itu rebah di sebelahku sambil meletakkan kepala di pahaku. Aku mengusap lembut rambut adik bongsuku itu.
“Achik mana?” Tanyaku. Setahuku, tadi adik-adikku sama-sama menonton TV di bilik atas.
“Achik cakap dia nak buat kerja rumah yang belum siap.” Balas Alang.
“Alang dan acu dah siap kerja sekolah?” Tanya pulak Azam. Kedua-dua adikku serentak mengangguk. Aku dan suamiku tersenyum senang.
“Along…acu nak adik…” Aku terkejut mendengar permintaan adik bongsuku itu. Azam tersengih bersama alang.
“Eh!...mana boleh dapat adik lagi…pak Daud dan Mak Siti kan tak leh bagi adik pada acu..” Jawabku. Acu tergelak.
“Acu nak adik dari along dan abang long.” Ujar acu. Aku telan liur pahit. Suamiku hanya tersenyum.
“Kalau anak along dan bang long bukan adik la acu…tapi anak buah…” Alang membalas.
“Eh! Bukan adik ye?” Tanyanya dengan senyum comel. Alang dan Azam mengangguk.
“Bang long….acu nak anak buah…” Rengek acu. Wajahku sudah hangat.
“Kalau tu….tanya along acu tu…bang long pun nak sangat bagi acu anak buah…kalau boleh banyak-banyak….” Aku jeling suamiku sebaik dia habis berkata begitu. Gelak tawa tiga elaki kesayanganku itu menggamatkan ruang tamu itu.


Sebaik balik dari rumah orang tuanya suamiku berwajah muram. Aku tidak jadi menghulurkan kad yang aku dapat pagi tadi. Sebelum suamiku berjumpa mama, aku meminta izinnya keluar. Dia hendak menemaniku, tapi aku menolak kerana dia pun hendak berjumpa mamanya.
“Abang nak makan?” tanyaku selepas menghulurkan segelas jus. Azam menggeleng, sambil memejamkan matanya. Kalau dia sudah begitu, aku faham. Suamiku itu memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Aku meninggalkannya untuk meneruskan kerjaku di bilik membasuh. Aku menyidai pakaian yang siap bercuci. Hari ini, Pak Daud dan Mak Siti membawa adik-adiku balik ke kampung. Mujur cuti sekolah dan cuti semester untuk angah.
Aku termenung panjang, memikirkan masaah yang suamiku fikirkan. Aku dapat menjangka, suamiku baru bergaduh dengan mama. Dan aku tahu, aku lah punca pergaduhan itu. Aku rasa bersalah kerana meletakkan suamiku dalam keadaan serba salah. Tapi…sanggupkah aku berundur? Hatiku tersentak, perutku aku usap perlahan. Tegakah aku memisahkan mereka? Aku resah, buntu. Tidak tahu, apakah jalan yang terbaik untuk semua orang.

Mak lang akan balik lusa. Begitu la berita yang aku terima dari panggilannya semalam. Selepas di halau keluar dari pondok kami dulu, aku mengutus surat pada Mak lang dan nombor telefon rumah suamiku aku bagi untuk di hubungi oleh mak lang. Marah betul mak lang dengan Mak long atas tindakan mak long menghalau kami adik-beradik.
Mak lang berjanji akan menuntut balik rumah itu untuk aku dan adik-adik. Tapi…bila aku fikir lagi, untuk apa? Aku dan adik-adik sudah ada tempat berlindung. Suamiku sudah menyediakan tempat berlindung terbaik untuk kami. Tapi, Mak Lang cakap rumah itu hak kami. Kalaupun aku tak mahu…rumah itu akan jadi milik adik-adikku. Mak lang akan balik… aku rindukan dia.

“Mak Lang akan balik lusa.” Ucapku ketika aku bersantai bersama Azam dan adik-adikku. Azam sedikit terkejut.
“Betul ke long? Angah rindukan mak lang…” Angah teruja. Setiap hujung minggu angah akan balik ke rumah ini. Adik-adikku yang lain pun Nampak teruja bercakap sesame sendiri. Cuma suamiku jadi pendiam.
“Mak lang cakap nak ambik balik rumah kita dari mak long.” Beritahuku lagi. Suamiku cepat menoleh ke arahku.
“Baguslah macam tu long…. Angah rindukan rumah kita.” Ujar angah.
“Angah tak gembira duduk sini?” perlahan pertanyaan itu keluar dari mulut suamiku. Angah dan aku kaget.
“Eh! Tak adalah macam tu bang long….Cuma angah rindukan rumah tempat angah membesar selama ni. Rindu dengan kenangan arwah abah dan arwah mak kat rumah tu…” balas angah. Suamiku angguk.
“Hmm….bang long minta diri dulu ye..” ujar suamiku masuk ke bilik kami. Aku mengekori dari belakang.
“Abang ada problem ke?” tanyaku sebaik menutup pintu. Suamiku sudah berbaring sambil memandang syiling.
“Tak…tak ada apa-apa..” balasnya. Aku tahu, dia menyembunyikan sesuatu dariku.
“Abang…please bang….jangan sembunyikan apa-apa dari Anis…” Aku sedikit mendesak. Aku tahu, dia tidak sudah di desak begitu. Tapi….aku tertekan melihat perubahannya. Walaupun dia masih mesra melayaniku dan adik-adik, tapi aku tahu dia menyimpan masalah sendiri. Tidak percayakah dia pada aku sebagai isteri untuk dia berkongsi masalah?
“Abang tak apa-apa…” Tekannya.
“Anis isteri abang. Anis tau, abang rahsiakan sesuatu dari Anis. Anis tanya Dik Za pun dia macam rahsiakan sesuatu..” aku hairan dengan sikap suamiku dan ahli keluarganya yang lain.
“Anis please…beri abang ruang untuk diri sendiri.” Ujar suamiku. Aku terdiam, perlahan aku melangkah ke bilik bacaan di sebelah bilik kami. Kalau itu pinta suamiku, aku tidak akan mendesak lagi.


“Anis benarkan abang kahwin dengan pilihan mama.” Azam pantas menoleh ke arahku sebaik mendengar ucapan itu.
“Apa Anis cakap ni? Anis tak sayang abang?” Tanya suamiku sambil memegang bahuku kejab. Aku berpaling kea rah lain. Tidak sanggup melihat wajahnya. Puas memujuk Dik Za untuk menceritakan hal sebenar, tapi Dik Za juga kuat menyimpan rahsia. Sehingga mendorong aku menelefon Ikmal, adik kedua suamiku. Ikmal memberitahu permintaan mamanya yang mahu abangnya berkahwin dengan anak sahabatnya.  Tika itu aku menangis sehingga Ikmal pun tidak tahu buat apa.
“Anis…” suara suamiku keras.
“Kalau itu yang boleh buat mama gembira, Anis rela bang…abang dah bagi kegembiraan pada Anis dan adik-adik, tak salah kalau abang bagi kegembiraan kat mama dengan kahwin dengan gadis pilihan dia.” Ucapku menahan pilu. Aku tetap menundukkan wajah, tidak mahu menjamah wajahnya. Bimbang hatiku tidak kuat.
“Abang takkan buat keputusan bodoh tu…abang tak cintakan Fifi. Abang hanya cintakan Anis. Jangan buat abang macam ni.” Bentak Azam. Lantas keluar dari bilik. Aku rasa bersalah dengan usulku. Aku keluar untuk mengekorinya. Tapi, aku tidak sangka dia terus keluar dari rumah. Adik-adikku terpingga-pingga melihatku. Aku turut mencapai kereta yang di pandu pak Daud selama ini. Untuk mengekori suamiku. Aku rasa bersalah. Dalam keadaan marah, suamiku tidak patut memandu keluar. Kalau jadi apa-apa padanya aku tidak akan memaafkan diri sendiri.
Aku mengekori kereta suamiku sehingga ke rumah mertuaku. Sampai di depan pintu aku mendengar suara nyaring dari dalam rumah. Aku cuba buka pintu, aku terkejut melihat suamiku bergaduh besar dengan mama. Aku tidak berani untuk masuk. Tidak pernah aku melihat suamiku seberang itu.
“Kenapa kau nak sangat jaga anak yatim piatu tu?” marah Mama. Aku tersandar di balik pintu mendengar pertanyaan itu. Air maku makin deras mengalir.
“Mereka dah jadi tanggungjawab Azam ma…Anis isteri saya. Adik-adiknya juga adik-adik saya.” Balas Azam. Aku terharu mendengar ucapan balas suamiku.
“Mama ni mama kandung Azam. Sanggup Azam lukakan mama dengan tolak gadis pilihan mama.” Suara mama lirih. Aku serba salah, aku tahu suamiku di dalam turut serba salah.
“Azam tak cintakan Fifi mama…tolong la mama…pujuk Anis supaya tak desak saya terima Fifi..” Rayu Azam.
“Hah! Dia dah setuju…kau tak ada apa-apa halangan lagi. kau tak hutang apa-apa kat dia.” Ujar Mama, Nampak gembira.
“Azam hutang banyak pada dia ma…Azam hutang nyawa kat Anis dan adik-adik..” Aku tergamam, tidak faham dengan kata-kata suamiku. Hutang nyawa denganku dan adik-adik? Apa maksud suamiku? Aku rasa nak meluru ke dalam untuk tahu. Tapi, aku tahan hatiku. Aku mahu mendengar kebenaran itu dari mulut suamiku.
“Apa yang kau hutang? Kau bagi dia hidup senang lenang kat rumah kau tu…” balas mama.
“Azam yang buat mereka terpaksa keluar dari rumah ma…Azam yang salah…mama ingat lagi tak kereta yang Azam langgar dulu? Azam dah bunuh keluarga Anis ma…Azam yang bunuh mereka. Azam yang langgar kereta mereka. Azam mabuk, tapi Azam masih ingat achik ma…Achik terpaksa pakai tongkat seumur hidup. Anis dan adik-adik lain hilang tempat bergantung kerana Azam.” Aku mengurut dada, terkejut mendengar pengakuan suamiku. Aku terduduk di depan pintu. Azam yang bunuh abah, mak, atuk dan pak su? Aku bersuamikan lelaki yang membunuh keluargaku? Lelaki yang membuatkan aku dan adik-adik menjadi yatim piatu dan menjadi anak merempat?
Aku tolak pintu yang tidak bertutup rapat itu dan meluru ke dalam. Azam dan mama terkejut melihatku.
“Aku benci kau Azam….kau bunuh keluarga aku. Kerana kau aku dan adik-adik merempat. Kerana kau…keluarga aku mati. Aku takkan maafkan kau.” Jeritku sambil memukul-mukul dada Azam. Aku benci melihat wajahnya. Aku benci kerana jatuh cinta pada dia. Aku benci…Azam langsung tidak membalas. Dia hanya membiarkan aku memukul-mukul dadanya. Hatiku rasa sakit dengan bebanan perasaan itu. Benci, geram, marah bercampur gaur. Aku jadi penat, mataku rasa layu. Kakiku rasa lemah.
“Anis….” Aku sempat mendengar suara Azam dan mama sebelum pandanganku gelap.

Sebaik aku tersedar, semua ahli keluargaku dan Azam ada di situ kecuali Ikmal. Aku tidak tahu, bila mereka membawaku balik ke rumah Azam. Wajah Azam nampak lesu, tapi nampak ceria. Aku benci melihat wajah itu. Aku masih ingat setiap butir ucapannya sebelum aku pengsan tadi.
“Anis tak apa-apa sayang?” Aku berpaling ke arah lain mendengar pertanyaan itu. Aku tidak sanggup melihat wajahnya. Betul-betul tidak sanggup.
“Along….” Panggil acu.
“Kita pergi dari sini acu… kita tak patut duduk rumah ni. Nanti along ari tempat tinggal baru untuk kita. Esok mak lang pun sampai sini.” Aku cuba bangun. Tapi kepalaku rasa perit. Aku tersandar semula. Azam cuba memegang tanganku. Aku tepis pantas. Aku tidak malu lagi pada ahli keluarga kami.
“Anis tak sihat… rehatlah dulu.” Pujuk Azam.
“Angah…cepat kemas barang kita. Kita mesti pergi dari rumah ni hari ni jugak.” Tegasku.
“Abang takkan benarkan Anis dan adik-adik pergi dari rumah ni.” Azam juga bertegas. Malah dia mencengkam erat lenganku.
“Saya tetap akan keluar dari rumah ni.” Lawanku. Papa mencuit ahli keluarga kami keluar. Aku tahu, dia membiarkan kami menyelesaikan masalah kami sendiri.
“Abang takkan benarkan Anis bawa anak abang dan adik-adik abang keluar dari sini.” Tegas Azam. Aku terdiam. Anak? Ya! Aku sudah mengetahui hal itu. Cuma aku belum berkesempatan untuk memberitahunya hal itu sebelum ini. Aku jadi marah. Marah kerana anak itu akan mengikatku dengan lelaki yang membunuh keluargaku.
“Lepas anak ni lahir saya akan bagi dia kat awak. Saya benci awak dan apa-apa yang berkaitan dengan awak.” Jeritku. Aku kembali memukul-mukul dadanya  sambil teresak-esak.
“Please Anis…. Jangan buat abang macam ni…abang sayangkan Anis, anak kita dan adik-adik…jangan tinggalkan abang. Please…” rayu Azam memelukku erat. Aku cuba meloloskan diri, tapi pelukannya terlalu erat. Aku menghambur tangisku di dadanya.
“Awak yang buat saya dan adik-adik jadi anak yatim piatu. Awak dah bunuh keluarga saya.” Tangisku.
“Abang tak sengaja sayang…abang tak sengaja.” Esak Azam. Tangis kami bersatu. Aku rasa penat untuk bergaduh dengannya. Perlahan-lahan mataku kembali tertutup.

Azam akur dengan syarat yang aku kenakan. Selepas bayi yang aku kandung ini aku lahirkan dia akan membiarkan aku dan adik-adik keluar dari rumah itu. Aku akan meninggalkan bayinya kepada dia. Aku tidak sudi mahu menjaga bayi seorang pembunuh sepertinya. Mama pun aku tengok sudah berubah. Tapi, perubahan itu kiranya sudah terlambat. Aku tidak mungkin akan bersatu semula dengan anaknya. Adik-adikku yang lain sudah aku ingatkan supaya bersedia keluar dari rumah ini. Mak lang pun ada datang sesekali ke rumah Azam. Aku terkejut bila di beritahu Mak Lang, rumah kami sudah menjadi milik orang lain. Bukan lagi Mak long atau pembeli sebelum ini. Tapi, mak lang tidak dapat mengesan pemilik baru rumah itu.
“Sayang…minum susu ni…” Aku hanya menyambut huluran Azam dan meneguk dengan kerutan. Aku tidak suka susu. Tapi, saban hari Azam memaksaku minum susu. Katanya supaya bayinya sihat di dalam rahimku. Bayinya memang sihat dan aktif sehingga aku pula yang kesakitan bila bayi itu menendang perutku dari dalam. Aku rimas dengan perut yang kian memboyot. Tapi, aku sabarkan hati kerana hanya tiga bulan lagi dia akan di lahirkan dan di serahkan kepada papanya.
“Saya nak keluar, jumpa mak lang.” ujarku sekadar memberitahu.
“Abang akan temankan.”
“Tak payah, saya boleh pergi sendiri.” Marahku.
“Abang takkan biarkan sayang pergi sendiri. Bahaya untuk sayang dan anak kita.” Tegas Azam. Aku mencebik.
“Kalau macam tu tak payah.” Rungutku. Aku keluar kerana mahu lari sekejab dari dia, tapi sebaliknya dia yang beria mahu ikut.
“Sayang ajak je mak lang datang sini.” Azam member cadangan. Ya tak ya jugak…

“Along dah jauh berubah.” Aku terkejut mendengar komen angah. Tika itu dia mengurut-ngurut kakiku  yang membengkak. Aku tidak sedar adikku itu perasan dengan perubahanku.
“Along masih macam dulu ngah..” balasku membela diri.
“Tak. Along memang dah berubah. Along yang angah ada dulu seorang yang lemah lembut, pemaaf. Tapi, along sekarang penuh dendam.” Ujar angah. Aku menarik kakiku. Marah dengan kata-kata adikku itu.
“Angah tak tau apa-apa…baik angah diam.” Marahku. Ya! Aku tahu adik-adikku lebih rapat dengan Azam sejak beberapa bulan yang lalu.
“Apa yang angah tak tau long?” aku hanya berdiam diri. Tidak mahu rahsia yang aku simpan terbongkar sekaligus menyemai di hati adikku itu.
“Apa yang along rahsiakan dari angah?” desak angah ingin tahu.
“Baik angah tak payah tau.” Balasku.
“Angah rasa along dah silap. Abang long tak pernah rahsiakan apa-apa dari angah. Abang long dah berterus terang dengan angah sebelum along dan abang long kahwin lagi. abang long cakap dia yang bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa keluarga kita. Dia minta ampun kat angah. Mula tu angah marah, tapi lihat kesungguhan dia nak bantu kita. Angah percaya, abang long dah insaf. Dia kotakan janji dia untuk jaga kita.” Aku terpana mendengar kenyataan itu. Aku tidak menyangka angah sudah tahu dan begitu mudah dia memaafkan lelaki itu.
“Dia pembunuh ngah…dia bunuh orang tua kita.” Esakku. Angah menarik kepalaku ke dadanya.
“Abang long pernah nak serah diri long. Tapi, papa tak bagi. Papa cakap, kalau abang long masuk penjara tak ada sesiapa nak bela nasib kita. Abang long dekati keluarga kita sebab nak tebus dosanya ada kita. Dia mungkin buat silap long. Tapi, bila seseorang tu dah insaf dan cuba memperbaiki kesilapannya, layakkah kita menghukumnya? Semua itu sudah ketentuan yang Maha Esa long.” Aku makin kuat teresak.
“Dia buat semua ni sebab nak tebus kesalahan? Apa semua ni ngah? Maknanya dia tak pernah cintakan along. Dia buat semua ni untuk tebus kesalahan dia.” Hatiku cepat tersentuh.
“Along…  angah tau abang long cintakan along. Along jangan la fikir bukan-bukan. Angah juga tau, along cintakan bang long. Sebab tu along susah nak maafkan abang long. Sangat perit memaafkan orang yang tercinta jika orang yang kita cintai itu melakukan kesalahan.” Ucap angah. Aku tidak menyangka adik keduaku itu boleh berkata begitu.
“Angah pernah bercinta?” tanyaku. Angah tersenyum saja.
“Along…cuba buang dendam di hati along tu…demi rumah tangga along, kebahagiaan kita sama-sama. Demi anak yang along kandung tu…along tak sayangkan dia? Fikirkan lah dalam-dalam long. Angah minta diri dulu.” Ujar angah membiarkan aku melayan perasaan sendiri. Perlahan-lahan aku usap perutku. Perasaan kasih itu memang sudah lama tumbuh untuk anak yang berada di dalam kandunganku ini. Cuma, sengaja aku abaikan kerana dendam pada papanya. Saban hari jiwaku makin dekat dengannya. Seakan degupan jantungnya dan jantung seiring. Ya ALLAH….apa yang patut aku buat…

“Abang dah makan?” aku tahu suamiku terkejut mendengar pertanyaanku. Aku menundukkan kepala, masih tekun melipat pakaian. Aku tahu dia merenungku tika itu.
Aku pejam mata tika tubuhku di dakap dari belakang. Aku membiarkan saja, tidak terasa ingin lari seperti sebelum ini. Dagunya di sangkut di bahu. Terasa hangat air matanya di bahuku, tidak semena-mena air mataku mengalir.
“Abang rindukan sayang…” ucap suamiku pilu. Aku menahan sendu. Kiranya, ucapan itu menyejukkan hatiku. Aku harus membuang dendam itu dalam hatiku. Dia sudah berusaha untuk memberi  kehidupan yang lebih baik untukku dan adik-adik.
“Ampunkan Anis bang…” ucapku. Suamiku memutarkan tubuhku menghadapnya.
“Abang yang patut minta maaf kat Anis. Abang dah ragut kebahagiaan Anis dan adik-adik.” Ucap pulak suamiku. Kami sama-sama bertangisan malam itu. Sejak sekian lama, aku kembali tidur di dalam dakapannya.


Aku dan Azam sudah bercakap sendiri dengan mak lang. Mak lang nyata berang dengan kebenaran yang baru di ketahuinya itu. Aku jadi takut melihat keberangan mak lang. azam pula seperti pesalah menunggu hukuman.
“Mak lang nak dia serah diri.” Tegas mak lang. Pujukan pak lang tdak melembutkan hatinya. Aku jadi takut mendengar kata-kata itu. Kalau suami sudah di penjara, apa nasib aku, adik-adik dan anakku nanti?
“Mak lang….kesihankan la abang Azam mak lang. Dia dah insaf. Dia dah tebus balik kesalahan dia pada kami. Kalau dia serah diri pada polis apa nasib kami nanti?” Rayuku. Air mataku sudah lama merembes. Mak lang tergeleng-geleng.
“Mak lang ada….mak lang mampu nak jaga kamu semua.” Air mataku makin melebat.
“Kami dah maafkan dia mak lang.” sampuk angah.
“Tapi mak lang tak boleh maafkan dia. Dia bukan saja bunuh ibu bapa kamu. Tapi juga bunuh ayah, abang, ipar dan adik mak lang.” marah Mak lang membuak. Aku jadi takut melihat adik-adikku yang lain menghampiri. Achik paling tergamam. Dia mengecilkan mata merenung Azam.
“Anis… dia dah bunuh ibu bapa kamu… boleh kamu maaf dia semudah tu. Mak lang tau, cinta tu dah mengaburi mata kau. Angah…kau tak tak dapat nak guna akal kau.” Marah Mak lang. angah menghampiri mak ngah. Lengan orang tua itu di tarik lembut dan duduk di sebelahku.
“Kerana angah gunakan akal la angah rasa kita tak layak bagi hukuman kat abang long. Dia dah berusaha tebus kesalahan dia. Mak ang tak kesihankan along? Tak kesihankan anak mereka yag bakal lahir? Apa nasibnya nanti bila papanya meringkuk dalam penjara?” nasihat angah. Mak lang terdiam. Mungkin masih berfikir.
“Abang long yang langgar kereta kami dulu?” soalan achik mengejutkan kami semua. Azam mengangguk, mengaku kesilapan lalunya.
“Abang long yang tarik achik dari kereta kan? Achik tau, sebelum pengsan achik Nampak bayang-bayang orang tarik achik dari dalam kereta sebelum kereta tu terbakar.” Ujar achik. Aku dan yang lain tergamam. Azam hanya angguk.
“Abang long hanya sempat tarik achik…” tangis suamiku. Achik menghampiri, air mata Azam di kesat.
“Semua tu dah ketentuan ILAHI. Sekurang-kurangnya abang long dah selamatkan nyawa achik.” Aku tergamam mendengar ucapan gadis 15 tahun itu. Bicaranya seperti orang dewasa.
“Sudah la Siah… achik yang masih muda ni pun boleh maafkan Azam. Kenapa tidak kamu? Jangan keruhkan lagi keadaan. Kesihan Anis dan yang lain.” Pujuk Pak Lang. Mak lang mengeluh berat.

“Ya ALLAH….” Aku menahan sakit di pinggangku bila tubuhku terhentak ke lantai. Aku terduduk di anak tangga paling bawah. Azam dan adik-adikku segara berlari ke arahku sebaik mendengar jeritanku.
“Sayang….” Jerit suamiku pantas memangku kepalaku.
“Anak kita bang…” Tangisku. Aku takut kehilangan anak kami. Maafkan mama sayang….maafkan mama…kalau dulu aku tidak mahukan dia, tapi sekarang aku tidak mahu kehilangannya. Ya ALLAH…jangan Kau ambil dia dariku…sumpah aku menyayanginya…rintih hatiku.
“Kita bawa ke aong ke hospital.” Ujar angah. Pak Daud mengambil kunci kereta. Alang, achik dan acu hanya tinggal di rumah bersama mak Siti.
“Sabar ye sayang…” pujuk suamiku bila aku mengerang kesakitan. Kesakitan itu semakin kerap bertamu. Aku sudah tidak malu untuk menangis teresak-esak. Suamiku turut menagis sama.
“Ampunkan Anis bang..” pohonku. Suamiku hanya angguk. Selepas itu aku sudah tidak sedar.

Nur Asmatul Fatihah bt Muhammad Azam. Anak kecil kami itu iras sangat dengan papanya. Kelahirannya memberi sinar baru dalam keluarga kami. Mama pun sudah mula rapat denganku dan adik-adik. Angah…rupa-rupanya angah menjalin cinta dengan Dik Za. Adik bongsu suamiku. Mak lang pun sudah memaafkan suamiku. Selalu jugak dia datang menjenguk cucu saudaranya. Rumah lama kami sudah suamiku serahkan pada mak lang, tapi mak lang menolak. Rupa-rupanya dia yang membeli rumah itu dari pemilik sebelum ini. Kami adik beradik sepakat menamakan rumah itu atas nama acu. Ye! Memang acu yang paling layak. Dia yang paling sekejab merasa kasih ibu bapa kami, moga-moga dengan menduduki rumah pusaka itu sedikit sebanyak acu akan merasai kasih sayang yang pernah wujud di situ. Mak long sekeluarga tidak tahu ke mana. Apa yang aku tahu, mak long sekeluarga terpaksa berpindah ke tempat lain bila tidak mampu membayar hutang.
Suamiku…aku bersyukur mendapat suami penyayang sepertinya. Dari anak muridku yang nakal, menjadi suamiku yang penyayang dan ayah kepada anak kami. Aku dan suamiku sentiasa berdoa agar kebahagiaan ini akan kekal menjadi milik kami. Semoga ALLAH merahmati rumah tangga kami.








No comments:

Post a Comment